Photo: Oliverlaumann’s
2007 : Bangi – Rumah Suami
2008 : Kelantan – Rumah Saya
2009 : Bangi – Rumah Suami
2010 : Bangi – Rumah Suami
Tahun ini, sekali lagi aku berhari raya di rumah suami, walaupun sepatutnya giliran aku. Seperti yang telah dipersetujui oleh kami berdua diawal perkahwinan, kami akan berhari raya mengikut giliran. Sekiranya tahun ini dirumah suamiku, maka kami akan pulang berbuka puasa dirumahku di Kelantan. Tiada masalah ataupun pergaduahan berlaku dan kami gembira dengan sistem giliran ini.
Namun pada tahun ini, ditakdirkan abahku sakit dan aku telah pulang ke Kelantan sebanyak 2 kali dalam masa lebih kurang 1 1/2 bulan. Seminggu sebelum bercuti raya, abah telah dimasukkan ke hospital dan keadaannya agak kritikal. Tanpa mengambil kira yang seminggu lagi kami akan pulang berhari raya, aku sekeluarga telah pulang ke kampung untuk melawat abah dihospital.Keadaan abah yang agak kritikal yang mungkin akan meninggalkan kami bila-bila masa sahaja menyebabkan kami terus pulang setelah mendapat panggilan dari mamaku.
Walaupun sedih kerana tidak dapat pulang berhari raya di Kelantan, namun aku perlu akur yang:
[1] Perjalanan KL – Kelantan mengambil masa 7 – 8 jam dan bukannya 15minutes seperti jarak rumahku – rumah mertuaku (flight ticket sold out and no flight available on Hari Raya).
[2] Keadaan Amirul yang tidak berapa sihat dan Widad yang berusia 4bulan tidak selesa berada didalam kereta menyebakan sekali lagi aku perlu memikir dua kali untuk pulang berhari raya di Kelantan.
[3] Kos untuk pulang ke Kelantan perlu di ambil kira, kerana bila-bila masa sahaja aku akan mendapat panggilan kecemasan dari mama untuk pulang ke Kelantan untuk melawat abah.
[4]Keselamatan juga perlu kami utamaka kerana, kami pulang ke KL pada hari ahad, dan hari rabu kami akan pulang ke Kelantan; masih lagi kepenatan.
Oleh itu, tahun ini aku telah berhari raya di Bangi. Bagiku, walaupun dimana aku berhari raya, namun ingatan pada keluarga itu yang penting. Tidak perlu menunggu hari raya untuk pulang melawat keluarga di kampung, kerana kehadiran dan kepulangan kita tetap dinantikan oleh kedua ibubapa walaupun pada hari-hari biasa.
3 Responses to Balik Raya : Giliran Siapakah Tahun Ini???
hanis September 12, 2010
naik flight je lg senang.
KambingBujang September 12, 2010
tuk balik raya ni, ticket semua sold out and pada ari raya lak, flight lak xder date tue…mmg tensi jer
yatie September 13, 2010
kuatkan semangat huda…… lagipun baby kecik lagi nak travel jauh selalu… nanti lepas raya balik kampung k…..
anw selamat hari raya…..