Ibu Susuan, Perkara yang Perlu diKetahui

Photo by: Family.glam

Note : Ini adalah kemusykilan yang saya hadapi apabila Ibu saya tidak menggalakkan saya menyusui anak saudara perempuan yang baru lahir.

Apakah syarat untuk menjadi ibu susuan

  • Anak yg disusui hendaklah 5kali kenyang, Anak yang disusui hendaklah tidak melebihi 2tahun, samada susu ibu diberikan kepada anak secara terus atau dipam dan disimpan, kemudian berikan kepada anak tersebut. (Rujukan dari Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama & Brunet.bn)

Apakah kedudukan anak susuan (perempuan) dgn suami, anak2 lelaki dan saudara2 lelaki didalam keluarga kita?

  • Anak susuan menjadi mahram ibu susuannya
  • Tidaklah ia mewarisi harta
  • Suami kepada ibu susuan bayi itu tidak boleh menjadi wali kepada bayi susuan itu ketika dewasa nanti ( Rujukan : Zaharuddin.net)

Apakah hubungan anak susuan dgn anak2 kandung ibu susuan ( yg bayi dan adik beradik yg lain

  • Hubungan antara anak susuan dengan anak kandung ibu susuan adalah adik beradik sesuan, mereka tidak boleh kahwin sampai bila-bila samada yang masih bayi atau yang lain

Adapun hubungannya dengan suami puan, Syarak telah menetapkan kaedah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; “Diharamkan kerana penyusuan sama seperti orang-orang yang diharamkan kerana Nasab” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.). Kerana itu, suami puan adalah bapanya (yakni bapa kerana penyusuan). Ibu suami puan adalah neneknyaKakak suami puan adalah ibu saudaranya. Dan anak lelaki suami puan adalah saudara lelakinya. Ke semua mereka menjadi mahramnya (yakni mahram kerana penyusuan). Harus ia berduaan dengan mereka jika aman fitnah dan haram ke atasnya mengahwini mereka. Aurat mereka di hadapannya sama seperti aurat mereka di hadapan mahram-mahram yang lain. (Rujukan : Halaqah.net)

Apakah hubungan ibu kandung anak susuan dan anak2 kandung ibu susuan.

  • Hubungan ibu kandung anak susuan dengan anak-anak kandung susuan adalah seperti orang lain juga iaitu saudara dalam Islam.

Note : Sekiranya ada info yang boleh dikongsi, jangan lupa tinggalkan comment

3 Responses to Ibu Susuan, Perkara yang Perlu diKetahui
  1. aboy

    Bagaimana hukumnya akhun birrodo’(saudara sebab menyusui) menjadi walinya akad nikah ??. Tolong dg refrens

  2. maskinda

    saya sekarang tgh susukan ank saya ..boleh ke saya susu kan ank sepupu saya

  3. KambingBujang

    Salam Maskinda, saya bukan yg arif utk menjawab soalan puan. article ini ditulis dari hasil compilation info yg saya dapat dari internet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Please enter your name, email and a comment.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>