Mengingati Mati

Sudah hampir seminggu abah meninggal dunia, namun masih lagi terasa seperti semalam. Alhamdulillah semuanya telah selesai. Namun, Mama masih lagi bersedih kerana telah kehilangan teman hidupnya. 34tahun mengharungi suka duka membesarkan dan mendidik kami adik beradik, semoga Mama akan menjadi lebih tabah menghadapi dugaan Allah ini. Aku sekeluarga telah kembali melakukan rutin harian seperti biasa, namun, kenangan bersama Abah masih lagi segar diingatan. Lebih-lebih, aku berada disisi Abah sewaktu beliau menghembus nafasnya yang terakhir. Aku sememangnya naif kerana tidak menyangka keadaan Abah yang disangka lelah/sesak nafas merupakan, saat dimana malaikat Izrail sedang mengambil nyawanya.

Sesungguhnya kehilangan Abah betul-betul menginsafkan aku dan membuatkan aku lebih mendekatkan diri dengan Allah. Terasa seperti kerdilnya diri ini apabila mengingati tentang amalan yang bakal dibawa untuk berjumpa dengan-Nya. Adakah cukup amalanku, sudah bersediakah aku untuk menghadapi saat kematian yang tidak mungkin boleh di tunda pada keesokan harinya, adakah aku mampu menahan kesakitan dikala saat roh berpisah dengan jasad. Secara jujur aku katakan yang aku takut untuk menempuh saat kematiaan setelah melihat dengan mataku sendiri sewaktu Abah menghembus nafasnya yang terakhir. Apabila teringat saat dikala Abah menghembus nafasnya yang terakhir, terus aku berusaha untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah, berusaha untuk menambah amalan kebaikan untuk dibawa bersama setelah roh berpisah dengan jasad.

Nabi SAW bersabda : “Apabila seorang anak Nabi Adam AS meninggal dunia maka terputuslah (pahala) amalannya kecuali dari (pahala) tiga (3) perkara iaitu sedekah jariah, ilmu (yang dicurahkan) yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan (rahmat dan keampunan) untuknya.” HR al-Imam Muslim (261H).

Maksud “ anak Nabi Adam AS” ialah manusia iaitu keturunan Nabi Adam AS.

Maksud “ sedekah jariah” ialah sedekah yang manfaatnya berteruasan seperti bina surau , sekolah, masjid, tempat menunggu bas dan lain-lain.

Maksud “ilmu (yang dicurahkan) yang dimanfaatkan” ialah pengetahuan yang telah disampaikan yang dapat diperoleh manfaat daripadanya seperti fardhu ain, ilmu kejuruteraan, ilmu sains, ilmu menangkap ikan di dalam sungai dan laut dan lain-lain.

Maksud “anak soleh yang mendoakan (rahmat dan keampunan) untuknya” adalah jelas. Inilah peranan anak yang soleh. Allah SWT Maha Mendengar doa hamba-hambanya.

Untuk membaca tentang tanda-tanda kematian seseorang, sila rujuk disini

Note : Sama-sama lah kita saling ingat-mengingati diantara satu sama lain. Insya Allah

One Response to Mengingati Mati
  1. Ben

    I am so sorry for your sadness. May you never forget him. And, God willing, may your heart heal.

    Peace.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Please enter your name, email and a comment.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>