Photo: SangPemimpiDasar Keluarga Negara (DKN) adalah polisi yang baru diperkenalkan. Bertuah kita kerana negara ini berorientasikan kekeluargaan, yang percaya hanya institusi kekeluargaan sahaja yang dapat memajukan rakyatnya dari segi jasmani dan rohani.
Petikan dari kata-kata Datin Fatimah Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
DKN is a policy that requires the stakeholders to give high attention on family perspective in every programme planning and strategy
Resilience is better understood as both the capacity of individuals to navigate their way to the psychological, social, cultural and physical resources that sustain their well-being, and their capacity individually and collectively to negotiate for these resources to be provided and experienced in culturally meaningful ways
Tunjang utama DKN: Kenyataan Dasar, Matlamat, Prinsip, Teras Startegi, dan Strategi Pelaksaan, adalah cenderung kepada penggalakkan membina institusi keluarga yang kukuh.
Sesuai dengan matlamat Rancangan Malaysia ke-9, Bab 15, yang merangkumi wanita, kekeluargaan, orang kurang upaya, dan warga emas. Jika DKN adalah betul-betul berlandaskan RMK10, maka kita akan lihat pertumbuhan yang memberangsangkan:
- [1] Tadika di bangunan pejabat
- [2] Waktu pejabat yang singkat (untuk memenuhi masa dengan keluarga)
- [3] Kaunselor atau Penasihat Keluarga disediakan untuk menangani masalah keluarga yang tipikal
Dengan perasmian DKN disempurnakan oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, kita dapat melihat objektif kerajaan iaitu mengukuhkan institusi kekeluargaan adalah realiti. [video : perasmian 1, perasmian 2, perasmian 3]
Cadangan saya kepada kerajaan adalah kerajaan mewajibkan semua sektor swasta menubuhkan tadika asas — sebagai satu kriteria yang mesti — untuk fasiliti pekerja yang sudah berkeluarga.
Akhir Kata;
Saya amat mengalu-alukan usaha ini, yang mengambil langkah yang bijak dengan melaksanakan penambahbaikan dari dasar, supaya gejala sosial remaja — terumatanya kes-kes melibatkan pembuangan anak — dapat diatasi dengan mudah.
One Response to Dasar Keluarga Negara: Ke Arah Pembangunan Institusi Keluarga
whole life insurance rates August 3, 2012
I think other web-site owners should take this web site as an model very clean and wonderful style and design, in addition to the content. You are an expert in this topic!