[custom_frame_left shadow="on"]
[/custom_frame_left]
This is from my father-in-law’s FB which I think is good to share with everybody. Don’t hide good thing to yourself, share it and Insya Allah, your life will be bless.
SKIM CEPAT BERKAT KELUARGA
Skim ini mendapat pahala yang berlipat ganda berdasarkan Surah Al-Baqarah ayat 261 dan kepada siapa yang patut diberi tertera dengan jelas dalam Surah Al-Baqarah ayat 215.
Siapakah yang tidak mahu untung 700% (Ayat 261 Al-Baqarah) dan siapa yang tidak sayang kepada ibu dan bapa (Ayat 215 Al-Baqarah).
Skim ini dicadang ditujukan khas kepada ibu saja. Gunakan kemudahan “click” yang sedia ada sekarang ini. Cara pindahan internet ini sangat mudah dan dapat dibuat pada bila-bila masa. Kadarnya boleh serendah RM10.00 sahaja.
CARANYA
- Daftarkan nombor akaun ibu anda dan buat sebagai pindahan tetap setiap bulan. Kadar pindahan adalah semampu anak-anak dan tambahkan mengikut kemampuan anak-anak dari masa ke semasa.
- Dalam kes anak-anak teringat sangat kepada Ibu, lakukan pindahan manual sebanyak mana yang anak-anak terasa ingin memberi.
- Lakukan ini secara konsisten tidak kira apa masalah sekali pun dan bersabar dengan segala keadaan.
- Lakukan ini dengan ikhlas sebagai pemberian kepada Ibu.
- Bagi menjaga keikhlasan anak-anak, jangan beritahu sesiapa pun, hatta kepada Ibu sekali pun.
Perhatikan selanjutnya perkembangan hidup anak-anak dan perhatikan perubahan ke arah kebaikan yang berlaku dalam keluarga anak-anak dan keikhlasan hidup harian anak-anak dalam ibadah dan muamalat. Semoga melalui cara ini insya Allah rezeki yang anak-anak perolehi adalah diberikati Allah.
Mulakan segera, jangan berfikir-fikir lagi. Semoga berjaya.
Taken from FB Dr Ismail aka Abah